05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN 2015

 

SMZ61

DEWAN TUN ABDUL RAZAK BANK RAKYAT, JALAN TRAVERS - 7 MEI 2015 - Pejabat Pentadbiran Pusat Zon 6 dan Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Bank Rakyat serta Surau Al Barakah Bank Rakyat telah menganjurkan program Simposium Muamalah Islam Peringkat Wilayah Persekutuan 2015 bertempat di Dewan Tun Abdul Razak, Menara Kembar Bank Rakyat. Program yang julung kali diadakan ini, turut mendapat penajaan bersama dari JAKIM, MAIWP, MOFAZ dan Galeri Ilmu.   

.

Simposium Muamalah Islam bermatlamat memberi pendedahan berkaitan pengurusan dan penjanaan dana untuk kegunaan masjid. Bukan sahaja untuk organisasi, program ini juga mengajak para peserta supaya bijak mengurus kewangan diri mengikut ketetapan yang dianjurkan oleh Islam.

.

Pelbagai pengisian yang telah diatur antaranya, ucapan ucaptama oleh YBhg. Sohibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. Pembentangan kertas kerja oleh Hajah Rohani Binti Datuk Hj. Mohd Shahir. Sesi Forum oleh Hj. Yasim Bin Mohamed YDP Pimpinan Negeri Selangor (NGO), Nazir Masjid As Salam, Puchong Perdana dan Ustaz Mohd Zamerey Bin Abdul Razak, Naib Presiden Pematuhan Syariah Bank Rakyat. Forum ini dimoderatorkan oleh Ustaz Haji Zainal Rashid Bin Hj Ahmad, Pengurus Syariah RHB Bank Pelaburan.

Majlis perasmian simposium ini dirasmikan oleh YBrs Tuan Haji Jaafar Bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mewakili Pengarah JAWI. Turut serta dalam majlis penutup ini, YBhg Datuk Mustafha Bin Haji Abdul Razak, Pengarah Urusan Bank Rakyat. Seramai 500 orang telah hadir terdiri dari Jawantakuasa Kariah Masjid/Surau Jumaat/Surau Biasa, Agensi Kerajaan & Swasta, Pensyarah serta Mahasiswa-Mahasiswi IPTA/IPTS sekitar Wilayah Persekutuan dalam menjayakan program ini.

 

BPTK2 BPTK3
BPTK4 BPTK5
BPTK6 BPTK7

 
Disediakan Oleh:
Pusat Pentadbiran Masjid Zon 6,                                                                                                       Bahagian Pengurusan Kariah,                                                                                                    JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel