05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Kecemerlangan Komuniti Disayangi 2015

 KDS4

Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI telah mengadakan Program Kecemerlangan Komuniti Disayangi pada 30.4.2015 (Khamis) bermula jam 9.00 pagi hingga 3.30 petang bertempat di Persatuan Kebajikan Komuniti Ikhlas Malaysia, Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur.

Program ini merupakan hasil kerjasama antara JAWI, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Persatuan Kebajikan Komuniti Ikhlas Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa.

Program serampang dua mata ini membawa dua objektif penting; iaitu bagi melatih para sukarelawan turun ke lapangan dan menjalin hubungan baik dengan NGO Komuniti Disayangi.

Ikhlas Drop In Centre (Ikhlas) merupakan salah sebuah NGO yang menjalankan Needle Syringe Exchange Program (NSEP) bersama Kementerian Kesihatan bagi mengurangkan risiko HIV (harm reduction). Pusat ini menerima 400 klien aktif, yang terdiri daripada penagih dadah dan pesakit HIV bagi mendapatkan panduan dan khidmat nasihat.

Antara aktiviti yang dijalankan bagi program hari ini termasuk pengenalan dan perkongsian pengalaman daripada JAWI dan Ikhlas Drop In Centre, pemeriksaan kesihatan (bacaan suhu, tekanan darah dan saringan HIV), latihan dalam kumpulan (LDK) serta persembahan khas daripada kumpulan buskers UIAM dan klien Ikhlas.

Adalah diharapkan program ini memberi manfaat berpanjangan kepada para sukarelawan dan menjadi perintis kepada program-program bersama Komuniti Disayangi khususnya di Ikhlas Drop In Centre.

 

KDS3   KDS7
 KDS2  KDS8
 KDS9        KDS6

Foto dan teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI


Cetak   Emel