05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Perasmian Seminar Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1436H/2015M

SeminarMTQ IMG 0213

21 April 2015 (Selasa) – Bersempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-58 1436H/2015M, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Seminar Al-Quran Peringkat Kebangsaan dengan tema ‘Al-Quran Pemacu Transformasi Ummah’. Seminar tersebut diadakan di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam dengan kehadiran seramai 1200 orang peserta terdiri daripada para pendidik/guru Pendidikan Islam, wakil agensi kerajaan, Imam dan AJK Masjid dan Surau di Wilayah Persekutuan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta orang awam.

Seminar ini yang berlangsung dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang melibatkan pembentangan dua kertas kerja serta sesi forum. Selari dengan temanya, kertas kerja pertama bertajuk ‘Generasi al-Quran: Pemacu Transformasi Ummah’ dibentangkan oleh Prof. Dr. Haji Hasni Bin Mohammed, Ketua Pegawai Eksekutif ADNI Islamic School. Kertas kerja kedua dibentangkan oleh Dr. Hj. Mohd Khairul Nizam Bin Zainan Nazri, Timbalan Dekan Fakulti al-Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan tajuk ‘Membangunkan Kemahiran Al-Quran Kepada Anak-Anak’.

Slot yang terakhir iaitu forum membicarakan isu yang sedang hangat pada masa kini iaitu ‘Faham Jihad: Tafsiran Sebenar Al-Quran’. Panel yang diundang bagi mengupas isu tersebut ialah Dr. Nik Md. Saiful Azizi Bin Nik Abdullah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Insp. Wan Ruzailan Bin Wan Rusoff dari Cawangan Khas, Polis Di Raja Malaysia, Bukit Aman. Manakala Ustaz Zakaria Bin Othman dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berperanan sebagai moderator forum.

Majlis perasmian seminar tersebut disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Hadir sama YBrs. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah JAWI merangkap Setiausaha MAIWP.

Semasa berucap merasmikan seminar, YBhg. Dato’ Haji Othman Bin Mustapha berkata, keghairahan golongan muda Islam untuk berjihad atas nama IS, berpunca daripada kekeliruan dalam memahami konsep jihad dan mati syahid yang sebenar menurut Hukum Syarak.

Beliau berkata, amat penting untuk program-program penjelasan konsep sebenar jihad diperhebatkan dan seminar sebegini wajar dijadikan salah satu platform bagi tujuan tersebut.

Di akhir ucapannya, YBhg. Dato’ Haji Othman Bin Mustapha menyatakan harapan beliau agar seminar pada hari ini melahirkan idea-idea baru dan segar dalam memperkayakan lagi keilmuan berkaitan al-Quran serta menjadi wadah membudayakan hidup berlandaskan al-Quran dan syariat Islam. Beliau juga menyeru para peserta seminar untuk sentiasa memberi idea dan tidak takut melontarkan pandangan bagi menghasilkan natijah yang terbaik untuk seluruh ummah.

SeminarMTQ DSC 0078 SeminarMTQ DSC 0093
SeminarMTQ DSC 0103 SeminarMTQ DSC 0136
SeminarMTQ IMG 0183 SeminarMTQ IMG 0232

Foto oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria

Teks oleh:

Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan


Cetak   Emel