05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Wacana Akidah "Ancaman Akidah Dan Pemikiran" (Siri 3/2015)

24 April 2015 (Jumaat) - Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan WIlayah Persekutuan telah mengadakan satu program Wacana Akidah bertajuk "Ancaman Akidah Dan Pemikiran" bertempat di Dewan Auditorium Tan Sri Abdul Rafie, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Seramai 350 orang telah menghadiri program wacana ini yang terdiri daripada kakitangan (Pembantu Tadbir) Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam wacana ini, ceramah slot pertama disampaikan oleh Dr. Faizal bin Abdul Hamid, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Tajuk ceramah yang disampaikan adalah "Ancaman Akidah Dan Pemikiran", manakala untuk slot kedua ceramah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Lutfi bin Haji Muharram, tenaga pengajar Kuliah Alim, Madrasah Miftahul Ulum, Bandar Sri Petaling Kuala Lumpur. Tajuk ceramah yang disampaikan adalah "Kepentingan Akidah Dalam Kehidupan".

 

GAMBAR 1  GAMBAR 2 
 GAMBAR 3  GAMBAR 4

Cetak   Emel