05:41
Imsak
05:51
Subuh
13:12
Zohor
16:34
Asar
19:20
Maghrib
20:33
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan

Ceram  MG 0002

20 Jamadilawal 1436H / 11 Mac 2015M (Rabu)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah mengadakan Program Ceramah Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Perkhidmatan Awam. Program ceramah ini merupakan program tahunan yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan kepada kakitangan-kakitangan kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Objektif program ialah untuk memupuk budaya mencari ilmu agama di kalangan pegawai dan kakitangan dalam perkhidmatan awam peringkat Wilayah Persekutuan Labuan menerusi aktiviti ceramah, memantapkan keberkesanan aktiviti dakwah kepada pegawai dan kakitangan awam, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai Islam dan integriti dalam perkhidmatan awam melalui ceramah agama Islam dan melaksanakan usaha penerapan nilai-nilai Islam agar terus ditingkatkan dengan licin, teratur dan sempurna.

Ceramah disampaikan oleh Ustaz Ebit Lew yang merupakan pendakwah bebas dari Transform Training & Consultancy di Dewan Bunga Raya, Tingkat 8, Kompleks Ujana Kewangan. Seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan JAWI, guru-guru SRAI, Majlis Agama Islam WP Labuan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Labuan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Labuan, Pejabat Mufti Labuan, Mahkamah Syariah Labuan,  Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Labuan dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Labuan telah hadir pada program tersebut.

Tajuk ceramah yang disampaikan adalah berkaitan Ilmu, Iman dan Amal: Pembentukan Pegawai dan Kakitangan yang cemerlang. Penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pengurusan Kariah, Ustaz Mohd Zaki bin Mat Salleh.

Ceram  MG 0093 Ceram  MG 0034
Ceram  MG 0142 Ceram  MG 0097

Foto dan teks oleh:

JAWI, Cawangan Labuan


Cetak   Emel