05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Memantapkan Penulisan Jawi

 

 

24-25 Februari 2015 (Selasa-Rabu) – Pendedahan mengenai kaedah penulisan jawi amat penting kepada semua guru di Sekolah Rendah Agama (SRA). Ini bertepatan dengan keperluan buku teks dan buku latihan yang menggunakan pakai tulisan tersebut. Oleh yang demikian, Bahagian Pelajaran, JAWI telah mengadakan Kursus Kaedah Penulisan Jawi kepada 40 guru di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Kursus dua hari ini bertujuan membantu semua guru untuk memahami dan mendalami kaedah penulisan jawi yang terkini. Perkembangan ilmu yang semakin luas dan global memastikan perubahan kepada kaedah penulisan jawi, antara sebabnya ialah wujud istilah baharu yang diterima ke dalam Bahasa Malaysia.   

Kemahiran Guru dalam penulisan jawi ini adalah aspek utama semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di SRA berjalan. Sesaorang Guru yang benar-benar mahir mampu mengatasi kelemahan murid dan membantu murid dalam menguasai pembacaan dan penulisan jawi. 

 

 

 


Cetak   Emel