05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Juara IMG 0328 

27 Februari 2015M | 8 Jamadilawal 1436H (Jumaat) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1436H/ 2015M bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan.

 

Acara tahunan yang telah meniti angka 43 tahun ini diadakan bagi mencari Qari dan Qariah terbaik mewakili Wilayah Persekutuan ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan. Di samping melahirkan generasi yang cinta dan mahir membaca Al-Quran, ia juga bertujuan menarik minat masyarakat mendekati, memahami dan menyemarakkan nilai-nilai murni yang terdapat di dalam Al-Quran.

 

Majlis dengan tema ”Perpaduan Nadi Transformasi Negara” ini, mempertandingkan 5 orang Qari dan 5 orang Qariah yang telah dipilih dari peringkat zon iaitu Zon A, B, Putrajaya, Labuan dan 2 orang Johan Menunggu. Hampir 1,200 tetamu yang hadir dari pelbagai agensi, masjid, Institut Pengajian Tinggi dan juga masyarakat awam. Majlis Penutup dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan oleh Pengarah JAWI, YBrs.Tuan Haji Paimuzi bin Yahya manakala Ucapan Penutup disampaikan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Y.Bhg Dato’ Haji Othman bin Mustapha. Acara diserikan lagi dengan persembahan nasyid dari Kumpulan Rabbani.

 

Pengumuman Keputusan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1436H/ 2015M telah disampaikan oleh Pengerusi Jemaah Hakim, Ustaz Che Husain bin Isa yang mengetuai 8 ahli jemaah hakim. Tempat pertama Qari disandang oleh Encik Mohamad Nor bin Ahmad manakala Johan Qariah disandang oleh Noor Suhaiza binti Chulan yang masing-masing membawa pulang piala pusingan, piala iringan, wang tunai RM7,000.00, pakej haji dan sijil penyertaan.

 

Memetik ucapan penutup YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha: Adalah amat tepat Tilawah Al-Quran pada tahun ini dilandaskan kepada isu perpaduan, kerana ia adalah nadi kepada apa jua perancangan, sama ada untuk mengatur transformasi atau menggagaskan visi dan misi negara di masa hadapan.”

 

MTQ1 MTQ2
QARIAH3 Juara IMG 0204
Juara IMG 0259 Juara IMG 0302

 

Foto oleh: Mohamad Hafiz Bin Zakaria

Teks oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah