05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Penyembelihan Siri 1/2015 Masjid Nurul Iman Kampung Sungai Bedaun Wilayah Persekutuan Labuan

Bedaun 05

8 Februari 2015 (Ahad) – Cawangan Penyelidikan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah menganjurkan Kursus Asas Penyembelihan Siri 1/2015 bertempat di Masjid Nurul Iman Kampung Sungai Bedaun Wilayah Persekutuan Labuan. Kursus tersebut telah dihadiri seramai 40 orang  peserta yang terdiri daripada ahli kariah Kampung Sungai Bedaun Wilayah Persekutuan Labuan.

Kursus tersebut diadakan bagi memberi pengetahuan dan pendedahan kepada peserta tentang selok-belok kaedah penyembelihan yang selari dengan syariat Islam. Selain daripada itu kursus seperti ini juga boleh mempertingkatkan kesedaran masyarakat Islam dalam kepentingan memilih makanan yang sihat, bersih dan halal. Kursus ini juga dapat memberi peluang kepada anak-anak muda kampung untuk menimba ilmu yang berkaitan dengan syariat Islam dan memberi pendedahan secara teori dan amali kepada peserta mengenai kaedah penyembelihan binatang yang disarankan oleh Islam.

Antara pengisian dalam kursus Penyembelihan siri 1/2015 iaitu teori penyembelihan dan praktikal penyembelihan. Cawangan Penyelidikan JAWI Labuan telah menjemput 2 orang penceramah iaitu Ustaz Zulkefly Bin Adimun, Penolong Pengarah JAWI Labuan yang diberikan tugasan untuk membentangkan kertas kerja pertama bertajuk ‘Batas Antara Halal dan Haram’. Manakala penceramah kedua iaitu Ustaz Mohd Ghaus Bin Musa, Penolong Pengarah JAWI Labuan yang diamanahkan untuk membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Asas Penyembelihan Dalam Islam’.

Setelah selesai pembentangan kertas kerja yang didedahkan oleh para penceramah, peserta telah didedahkan dengan Praktikal Sembelihan yang dikendalikan oleh Ustaz Mingu Bin Matnoh selaku Pengerusi Masjid Nurul Iman Kampung Sungai Bedaun. Dalam sesi tersebut beliau menerangkan kepada para peserta berkenaan dengan selok-belok penyembelihan yang disyariatkan oleh ajaran Islam. Semua peserta yang hadir telah diberi peluang untuk menyembelih (ayam) mengikut syariat yang ditetapkan oleh Islam.

Menerusi penganjuran kursus ini, diharapkan agar pemilihan makanan yang sihat dan halal akan lebih dititikberatkan oleh setiap individu muslim dalam kehidupan seharian.

Bedaun 01 Bedaun 02
Bedaun 03 Bedaun 04

Foto dan teks oleh:

Bahagian Penyelidikan,

JAWI, Cawangan Labuan


Cetak   Emel