05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Pemantapan Sahsiah Noja

Noja IMG 2448

26 Februari 2014 (Khamis)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah berjaya mengadakan Program Pemantapan Sahsiah Noja bertempat di Dewan Syura, Masjid Jamek An-Nur Labuan.

Program tersebut diadakan buat julung kalinya khusus kepada semua noja masjid dan surau jumaat. Objektif program tersebut ialah untuk mempertingkatkan pengetahuan dan tanggungjawab serta peranan noja terhadap organisasi iaitu pengurusan masjid/surau jumaat.

Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menerangkan mengenai penggunaan daftar bertugas noja supaya kerja-kerja noja akan dibuat secara teratur dan sistematik.

Program juga diserikan dengan kehadiran pendakwah terkenal Al-Habib Naqjamuddin Bin Syed Othman Al-Khered. Beliau meluangkan masa bersama-sama para perserta serta menyampaikan ceramah bertajuk ”Peranan Noja Di Dalam Pengimarahan Masjid Dan Surau”.

Sesi taklimat penggunaan daftar bertugas noja di sampaikan oleh Ustaz Mohd Zaki Bin Mat Salleh, Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pengurusan Kariah. Manakala majlis perasmian penutup program tersebut di rasmikan oleh YBhg Ustaz Sabarudin Bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan.

Noja IMG 2455 Noja IMG 2456
Noja IMG 2427 Noja IMG 2496

Foto dan teks oleh:

JAWI, Cawangan Labuan


Cetak   Emel