05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MTQP01

11 Feb 2015 (Rabu) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya Kali Ke-2 Tahun 1436H/2015M yang berlangsung di Auditorium Masjid Putra, Putrajaya diadakan bertujuan untuk mencari bakat-bakat baru seterusnya memilih calon qari dan qariah yang berkelayakan bagi mewakili peringkat Wilayah Persekutuan. Pada majlis kali ini, seramai 13 peserta di kalangan qari dan qariah telah mengambil bahagian. Ia dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Shoutul Iltizam yang merupakan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Presint 11, Putrajaya.

 
Ucapan alu-aluan dan pengumuman keputusan disampaikan oleh Ustaz Haji Mat Jusoh Bin Sudin, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya, manakala perasmian penutup disempurnakan oleh Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

MTQP02 MTQP04
MTQP05 MTQP03
 MTQP06  MTQP07

 
Disediakan Oleh:

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Cawangan Putrajaya.


Cetak   Emel