05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kerangka Sekolah Agama Integrasi JAWI (SIRAJ)

 

13hb - 15hb Februari 2015 (Jumaat - Ahad) – Bahagian Pelajaran telah mengadakan Bengkel Pengkerangkaan dan Pendokumenan Penubuhan Sekolah Agama Integrasi JAWI (SIRAJ).  Seramai 25 orang pegawai dan penolong pegawai bahagian terlibat di dalam bengkel tersebut. Turut bersama Puan Hj Azizah bt Che Hussan, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian.

 

Pembimbing bengkel tersebut ialah Tuan Haji Hasni bin Mohammed, Pengarah Urusan, Sekolah Islam ADNI. Beliau seorang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan di peringkat nasional dan internasional. Beliau berhasrat agar JAWI menjadi contoh bagi negara dalam melaksanakan sistem pendidikan Islam terutama melalui penubuhan SIRAJ.

 

Integrated Holistic Education System (IHES) adalah sistem pendidikan yang dibawa oleh Haji Hasni . Ia mengintegrasikan pendidikan arus perdana dengan al-Quran. Al-Quran menjadi eleman utama dan teras kepada kemenjadian insan dalam pendidikan yang akhirnya mampu melahirkan generasi cemerlang di dunia dan di akhirat.

 

 

Beberapa tugasan kepada peserta bengkel dapat disediakan, antaranya, Penyediaan Kertas Dasar Penubuhan SIRAJ, Dokumen Rujukan Sistem Pendidikan SIRAJ, Kerangka Pendidikan SIRAJ dan Kertas Promosi SIRAJ.

 

 

JAWI merancang SIRAJ akan dapat dilaksana pada 2016 dengan menetapkan dua buah sekolah rintis iaitu SRA al- Alusi dan SRA Saidina Othman bin Affan. 

 

 

       

 

        

 


Cetak   Emel