05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita


Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon A Tahun 1436H/2015M

 

Sinopsis20151

12 Feb 2015 (Khamis)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon A 1436H/2015M bertempat di Masjid Amru Ibn Al-'Ass Bandar Baru Sentul Kuala Lumpur.

 
Seramai 26 Peserta terdiri dari 19 qari dan 7 qariah dari Zon A iaitu daripada Zon 1, Zon 2 dan Zon 4 sekitar Wilayah Persekutuan telah mengambil bahagian dalam acara ini.


 
Johan Qari telah dimenangi oleh En. Mohamad Nor bin Ahmad dan Johan Qariah dimenangi oleh Pn. Khamariah binti Yusof. Johan Qari dan Qariah akan menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan pada 27 Feb 2015 (Jumaat) yang akan berlangsung bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

.

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Y.B. Senator Datuk Hj. Yahaya bin Mat Ghani, Ahli Dewan Negara dan ucapan aluan telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Sinopsis20152 Sinopsis20153
Sinopsis20154 MTQZA5
Sinopsis20156 Sinopsis20157
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel