05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon B Tahun 1436H/2015M

 

Sinopsis20151

10 Feb 2015 (Selasa)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon B 1436H/2015M bertempat di Dewan Seri Perkasa Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Taman Maluri, Kuala Lumpur.

 
Seramai 19 Peserta terdiri dari 16 qari dan 3 qariah dari Zon B iaitu daripada Zon 3, Zon 5 dan Zon 6 sekitar Wilayah Persekutuan telah mengambil bahagian dalam acara ini.
 
Johan Qori telah dimenangi oleh En. Khalid bin Isa dan johan qoriah dimenangi oleh Pn. Afifah binti Haji Bachok. Johan Qori dan Qoriah akan menyertai Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan pada 27 Feb 2015 (Jumaat) yang akan berlangsung bertempat di Masjid Wilayah, Jalan Duta.

 

 

Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Johari bin Abdul Ghani, Ahli Parlimen Titiwangsa dan ucapan aluan telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

 

Sinopsis20152 Sinopsis20153
Sinopsis20154 Sinopsis20155
Sinopsis20156 Sinopsis20157
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel