05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan JAWI ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

12hb Februari 2015 (Khamis) – Deligasi JAWI yang diketuai oleh YBhg Tuan Pengarah, Tuan Haji Paimuzi bin Yahya bersama 10 orang pegawai telah mengunjungi Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWKL). Turut hadir bersama ialah Timbalan Pengarah Operasi, JAWI dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pelajaran. Deligasi JAWI telah disambut mesra oleh YBhg Pengarah JPWKL iaitu YBhg Datin Nawal binti Salleh.

 

 

Lawatan ke JPWKL adalah lawatan kali pertama bagi YBhg Pengarah JAWI semenjak beliau dilantik. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengeratkan tali persaudaraan serta mengukuhkan jaringan dua hala antara dua agensi, yang secara langsung melaksana tugas yang sama iaitu memberi perkhidmatan pendidikan kepada anak – anak di Wilayah Persekutuan kuala Lumpur.

 

 

Pelbagai isu dan perkara yang diperbincangkan, antaranya cadangan memperluaskan dan memperbanyakkan penubuhan Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di sekolah kebangsaan, mempertingkatkan serta mengemaskini kaedah pembelajaran al-Quran melalui kaedah Iqra’, penubuhan Sekolah Integrasi JAWI dan isu-isu penyelarasan pendidikan yang perlu ditangani secara bersama antara JAWI dan JPWKL.

 

 

JAWI juga telah mengambil inisiatif untuk menyumbangkan sebanyak 12,430 buku iqra’ kepada JPWKL untuk semua murid tahun satu di sekolah kebangsaan. Buku tersebut adalah sumbangan dana Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Majlis penyerahan buku Iqra’  telah disempurnakan oleh YBhg Pengarah JAWI kepada YBhg Pengarah JPWKL. 

 

 

     

 

 

 

                 

 


Cetak   Emel