05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1436H/2015M

 

 

MH2

4 Februari 2015 (Khamis) Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Tahun 1436H/2015M bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana, Kuala Lumpur bermula pada 28 hingga 29 Januari 2015.

Seramai 24 orang peserta terlibat yang terdiri daripada 15 hafiz dan 9 hafizah. Daripada 24 orang peserta tersebut mengikut kategori adalah:

  1. Kategori Pertama (1-10 Juzuk) iaitu 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan;
  2. Kategori Kedua (1-20 Juzuk) iaitu 5 orang lelaki dan 2 orang perempuan; dan
  3. Kategori Ketiga (1-30 Juzuk) iaitu 5 orang lelaki dan 2 orang perempuan.

Upacara Penutupan dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya; Pengarah JAWI. Peserta Johan bagi setiap kategori akan mewakili Negeri Wilayah Persekutuan ke Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-36 Tahun 1436H/2015M yang akan diadakan pada 1 hingga 6 Mac 2015 bertempat di Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Berikut keputusan penuh pertandingan:

1.        Kategori Pertama (1-10 Juzuk) -  

           Lelaki

Johan                    :               Mohd Rashid Ridha bin Mohd Shukri (98.0%)

Naib Johan          :               Faris Izwan bin Nordin (85.5%)

Ketiga                   :               Muhammad Naufal bin Mohammad (78.4%)

Perempuan

Johan                    :               Nur Aimi Rasyidah binti Asep Saefudin (75.8%)

Naib Johan          :               Asma Insyirah binti Salleh Sani (68.6%)

Ketiga                   :               Nur Farhana binti Mohd Azlan (65.5%)

2.        Kategori Kedua (1-20 Juzuk)

Lelaki

Johan                    :               Abdul Aziz bin Karim (91.3%)

Naib Johan          :               Muhammad 'Ariffuddin bin Azmi (86.2%)

Ketiga                   :               Muhammad Safwan bin Eshamsul (82.4%)

Perempuan

Johan                    :               Athirah Salihah binti Al-Azmi (89.8%)

Naib Johan          :               Fatimah binti Ahmad Zahid (72.6%)

3.        Kategori Ketiga (1-30 Juzuk)

Lelaki

Johan                    :               Muhammad Khairul Razikin bin Abdul Razak (93.8%)

Naib Johan          :               Muhammad Imran bin Zulzamrin (92.7%)

Ketiga                   :               Wan Huzaifah bin Wan Hasbullah (90.3%)

Perempuan

Johan                    :               Farihah binti Zulkifli (93.9%)

 

Naib Johan          :               Nurul Huda binti Zazman (49.6%)

 

 MH 8  MH7
 MH4  MH3
 MH6  MH5

 

Foto oleh: Unit Perhubungan Awam JAWI

Teks oleh: Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

 


Cetak   Emel