05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Jalinan Ukhwah Bersama Pentadbir Sekolah Rendah Agama

 

5hb Februari 2015 (Khamis) –Seramai 73 pentadbir Sekolah Rendah Agama JAWI telah hadir dalam Mesyuarat Tahunan Bahagian Pelajaran Bersama Guru Besar Tahun 2015. Mesyuarat tersebut telah diadakan di SRA Abdul Rahman bin A’uf, Puchong. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pelajaran, iaitu Ustazah Hajjah Azizah binti Che Hassan dan pegawai-pegawai di bahagian.

Mesyuarat tahunan ini bertujuan mengeratkan hubungan di antara pihak JAWI dengan pentadbir-pentadbir SRA. Pelbagai isu dibincangkan di dalam pertemuan tersebut, antaranya berkaitan hal ehwal pengurusan sekolah, urusan kemasukan tahun satu dan  pengurusan pentadbiran.

 Tiga kertas makluman telah dibentang oleh pegawai bahagian, iaitu kertas Penubuhan Sekolah Integrasi JAWI, kertas Penstrukturan Organisasi Bahagian dan pelaksanaan Program 3K (Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan)  di setiap SRA.

 Sesi penangguhan mesyuarat Puan KPPK bahagian telah menyampaikan amanat kepada semua guru besar agar memastikan semua guru di bawah seliaan mereka sentiasa mematuhi segala arahan dan peraturan yang telah dikeluarkan oleh pihak jabatan. JAWI amat memandang berat sekiranya terdapat guru-guru yang melakukan pelanggaran disiplin dan peraturan, terutama yang boleh menjejaskan imej jabatan.

 

          

 

         

 


Cetak   Emel