05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Temuduga Imam Ratib dan Pembantu Bilal Masjid dan Surau Jumaat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Siri-1/2015


 
TIBR01

4-5 Februari 2015 (Rabu-Khamis) Bahagian Pengurusan Kariah JAWI telah mengadakan sesi temuduga kepada seramai 32 orang calon Imam Ratib dan 22 orang calon Pembantu Bilal Masjid dan Surau Jumaat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Temuduga tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Teratai dan Bilik Mesyuarat Mawar, Tingkat 1, Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur. Seramai 12 orang penemuduga berpengalaman telah dilantik yang terdiri daripada Pegawai dari Bahagian Pengurusan Kariah, Bahagian Pengurusan Dakwah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Ketua Imam Masjid.

..

Tujuan temuduga ini dijalankan adalah untuk memilih calon calon yang berkelayakan bagi memenuhi kekosongan jawatan Imam Ratib dan Pembantu Bilal yang terdapat di Masjid dan Surau Jumaat. Temuduga  yang dijalankan merangkumi soalan yang berkaitan dengan bidang Personaliti dan Kelulusan Akademik,  Al-Quran dan Tajwid, Fekah, Tauhid dan Tasawuf termasuk kemampuan calon membaca dan menghurai kitab turath.

.

Diharapkan temuduga yang dijalankan ini mampu untuk meningkatkan kesiapsiagaan calon dalam meningkatkan ilmu dalam melaksanakan tanggungjawab besar yang akan dilaksanakan. 


TIBR02 alt
alt alt
   
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel