05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Jakim Ke JAWI Labuan

A MG 7081

29 Januari 2014 (Khamis) – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah menerima kunjungan Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YBhg. Tuan Haji Awang Bin Mat Ali sempena mesyuarat penyelarasan pembinaan masjid dan Sekolah Rendah Agama Kampung Sungai Bedaun Wilayah Persekutuan Labuan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mendapat peruntukan kewangan melalui Rancangan Malaysia Ke-10 untuk membina masjid baru di Kampung Sungai Bedaun, Wilayah Persekutuan Labuan di tapak baru bagi menggantikan masjid yang sedia ada.

Lawatan ini adalah lawatan susulan untuk memperkemaskan perancangan pembangunan masjid baru di tapak yang seluas 6 ekar. Projek ini juga akan dibangunkan bersama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang juga akan memajukan tanah yang bersempadan dengan tanah JAKIM.

YBhg. Tuan Haji Awang Bin Mat Ali juga melakukan lawatan ke Masjid Jamek Al-Mahmudiyyah bagi meninjau keadaan masjid tersebut yang juga menjadi rujukan utama kepada pembinaan masjid baru Kg. Sungai Bedaun.

Pada sebelah petang, satu mesyuarat bersama Jabatan Kerja Raya, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Pejabat Tanah Dan Galian Labuan, Jawatankuasa masjid Nurul Iman Sg. Bedaun serta Ketua Kampung Sg. Bedaun bagi menjelaskan mengenai konsep masjid dan mendapatkan maklumat dari masyarakat setempat.

Projek ini dijangka akan dimulakan pada Mei 2015 dan dijangka siap pada 31 Disember 2016. Adalah diharapkan dengan terbinanya masjid baru ini akan menjadi mercu tanda baru bagi Kampung Sungai Bedaun khususnya dan bagi Wilayah Persekutuan Labuan amnya.

A MG 7117 A MG 7147
A MG 7198 A MG 7263

Foto dan teks oleh:

JAWI, Cawangan Labuan


Cetak   Emel