05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Tilawah Al-Quran 1436H / 2015M Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan

003

7 Februari 2015 (Sabtu)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan telah mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan bertempat di Masjid Jamek An-Nur WP Labuan. Seramai 6 orang Qari dan Qariah telah memperdengarkan bacaan Al-Quran pada majlis tersebut. Bagi kategori Qari, Johan telah disandang oleh Us Tahang Bin Chongo manakala Johan Qariah disandang oleh Puan Siti Minah Binti Musram. Johan Qari dan Qariah masing-masing menerima wang tunai RM1,500.00 dan akan mewakili Labuan ke Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Wilayah Persekutuan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Rozman Bin Dato Hj Isli, Ahli Parlimen Labuan merangkap Pengerusi Perbadanan Labuan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Berhormat Senator Datuk Haji Yunus Bin Haji Kurus, Ahli Dewan Negara merangkap Pengerusi Penasihat Perbadanan Labuan dan Tuan Haji Sabarudin Bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan.

001 002
004  005

Foto dan teks oleh:

JAWI, Cawangan Labuan


Cetak   Emel