05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Bengkel Penyediaan Tajuk Dan Sinopsis Teks Khutbah Jumaat Dan Dua Hari Raya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan 2015

 

Sinopsis20151

 

27-29 Januari 2015 (Selasa-Khamis) – Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Tajuk dan Sinopsis Teks Khutbah Jumaat & Dua Hari Raya JAWI 2015 bertempat di Hotel De Palma, Ampang Selangor. Bengkel yang berlangsung selama tiga hari tersebut merupakan program berkala yang dijalankan oleh Cawangan Khutbah Dan Latihan, Bahagian Pengurusan Kariah dengan melibatkan serama 35 orang peserta yang terdiri daripada Imam-Imam dan Pegawai-Pegawai Masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Objektif bengkel tersebut ialah untuk menyediakan tajuk-tajuk beserta sinopsis khutbah Jumaat dan Hari Raya yang berkualiti, mantap serta menepati keadaan semasa masyarakat khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Melalui perkongsian idea dari kalangan peserta, bengkel tersebut telah berjaya membentuk sebanyak 50 tajuk-tajuk khutbah beserta sinopsis yang dapat membantu para penulis teks khutbah dalam menghasilkan teks khutbah yang berkualiti dan berinformasi.

 

Bengkel tersebut turut dihadiri oleh Y.Bhg Ustaz Pahrol bin Mohd Juoi, Pengurus Besar Fitrah Perkasa Sdn. Berhad selaku penceramah dan fasilitator untuk sesi pembentangan oleh peserta. Beliau telah membantu dalam memantapkan lagi sinopsis yang telah dihasilkan. Bengkel tersebut dirasmikan oleh Tuan Haji Jaafar Bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Kariah JAWI. 

 

Sinopsis20152 Sinopsis20153
Sinopsis20154 Sinopsis20155
Sinopsis20156 Sinopsis20157
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel