05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Temuduga Guru KAFA

 

26hb – 30hb Januari 2015 (Isnin - Jumaat) Bahagaian Pelajaran, JAWI telah mengadakan sesi temuduga kepada seramai 220 orang calon yang memohon jawatan sebagai guru KAFA . Temuduga tersebut telah diadakan di Aras 3 dan Aras 7, JAWI, Kompleks Pusat Islam Kuala Lumpur. Seramai 15 orang penemuduga telah dilantik dari kalangan pegawai dan penolong pegawai di Bahagian Pelajaran yang berpengalaman dalam bidang perguruan.

 

Pertambahan jumlah guru dilakukan bagi tujuan mengisi kekosongan jawatan guru di semua Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) kerana wujudnya kelas-kelas KAFA dan SRA yang baharu di Wilayah Persekutuan. Dengan pertambahan jumlah guru ini, kualiti Pengajaran dan Pembelajaran di SRA dan KAFA dapat ditingkatkan.

 

Keperluan JAWI dalam sesi temuduga ini adalah untuk memastikan calon yang dipilih berminat dan komited berkaitan tugas sebagai seorang pendidik. Ia bermula dari aspek persiapan sebelum bertugas, bekalan ilmu untuk disampaikan serta qudwah diri untuk dicontohi oleh anak muridnya. 

 

  

 

   
   

  

 

 Foto dan teks oleh :
Bahagian Pelajaran
JAWI Wilayah Persekutuan

 

 


Cetak   Emel