05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Skuad Prihatin JAWI Menabur Bakti

 

sp all

21-24 Januari 2015 (Rabu-Sabtu) – Skuad Prihatin JAWI bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan telah  menjalankan Program Jalinan Amal Misi Bantuan Pasca Banjir di sekitar daerah Temerloh, Pahang Darul Makmur. Program turut mendapat kerjasama dari Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Majlis Daerah Temerloh. Ia merupakan program susulan kepada misi bantuan pasca banjir ke 3 daerah di Kelantan pada 7 Januari yang lalu.

Pengalaman melihat dengan mata kepala sendiri dan mendengar secara langsung dari mangsa yang terlibat pastinya tidak sama dengan apa yang dipapar di dada berita dan media sosial. Justeru program ini bertujuan memberi bantuan secara langsung sama ada dari sudut material, kewangan, kerohanian, tenaga dan kepakaran dalam usaha pemulihan pasca banjir di Daerah Temerloh khususnya Kampung Paya Jejawi, Kampung Paya Banir dan sekitarnya. Ia adalah tanda keprihatinan warga kota, dari Agensi Agama khasnya dari Wilayah Persekutuan kepada mereka yang diuji dengan banjir besar ini walaupun hakikatnya bantuan yang diberikan tidak setanding dengan kerugian yang dialami.

 

Sumbangan dalam pelbagai bentuk telah bermula semenjak hari Rabu bersumberkan dari pelbagai agensi. MAIWP merupakan penyumbang terbesar dengan nilai sebanyak RM 720 ribu manakala JAWI menyumbang sebanyak RM 70 ribu bersama skuad lebih 50 orang dari kedua-dua agensi bagi melicinkan misi bantuan yang dilaksanakan. Sekolah Agama al-Khairiah dan Sekolah Menengah Agama al-Wosto adalah antara dua institusi yang mendapat bantuan yang besar merangkumi keperluan alatan sekolah dan asrama yang telah musnah dilanda bah. Surau-surau sekolah dan yang berdekatan juga mendapat manfaat seperti penggantian karpet, al-Quran, pembaikan infrastruktur asas, pengecatan semula  dan sebagainya. Sumbangan barangan keperluan harian, wang tunai, kelengkapan solat dan persekolahan, pengisian rohani dan motivasi juga turut diberikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.

 

Kemuncak program adalah Majlis Perasmian Penutupan Program Jalinan Amal Misi Bantuan Pasca Banjir di hari terakhir program. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah JAWI, Tuan Hj Paimuzi Yahya dan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Agama dan Dakwah Islamiah Negeri; Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad yang mewakili Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Turut hadir, Pegawai Daerah Temerloh; Datuk Tarif Abdul Rahman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh; Datuk Syed Mohd Nor Syed Abd.Hamid, Pengerusi PPZ-MAIWP; Datuk Che Mat Che Ali. Seterusnya penyerahan bantuan telah disampaikan kepada penduduk kampung sekitar, orang asal, wakil sekolah yang terpilih serta kelengkapan sekolah kepada para pelajar. Menutup tirai majlis, para tetamu menikmati makan tengahari yang telah disediakan oleh para sukarelawan bersama penduduk kampung.

 

Sewajarnya, program seumpama ini perlu diteruskan dan penglibatan secara kolektif melibatkan pelbagai agensi adalah perlu bagi mempercepatkan proses pemulihan kawasan-kawasan bencana demi kelangsungan hidup setiap mangsa. Pada setiap musibah terkandung seribu hikmah. Maka ujian Allah ini merupakan medan untuk kembali bermuhasabah serta menzahirkan rasa insaf, syukur dan  bersatu atas nama ukhuwwah tanpa mengira bangsa dan agama.

 

sp4 sp5
sp7 sp15
sp11 sp10
sp17 sp18
sp12 sp2

Foto oleh:

Unit Perhubungan Awam JAWI

Teks oleh:

Bahagian Perhubungan Dakwah JAWI


Cetak   Emel