05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

JALINAN KERJASAMA JAWI DAN JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN

16 Disember 2014 (Selasa) – Lawatan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (JAWI) memberi peluang dan ruang kerjasama yang luas dalam usaha memartabatkan bidang pendidikan Islam di Kuala Lumpur.

 

Ketua deligasi iaitu Tuan Haji Mohamed Nor bin Hj Salleh, Ketua Sektor Pendidikan Islam, JPWKL bersama beberapa orang pegawai kanan jabatan tersebut telah disambut oleh Y.Bhg Pengarah JAWI, Tuan Hj Paimuzi bin Yahya.

 

Pertemuan dua agensi ini telah membincangkan tentang isu pendidikan iaitu pelaksanaan kaedah Iqra’ bagi memastikan semua murid di Kuala Lumpur celik al-Quran. Satu penyelarasan antara dua pihak akan dibuat bagi memantapkan pelaksanaan kaedah ini, antaranya penyelarasan penggunaan buku Iqra’, maklumat data murid pemulihan dalam penguasaan al-Quran, data guru serta kaedah perekodan yang sistematik.

 

Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan Pengarah Operasi, JAWI Y.Bhg Tuan Hj Che Husain bin Isa.

 

 

Cetak   Emel