05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Ceramah Aqidah Muslimin Siri 8/2014

 

 

18 DISEMBER 2014 | 25 SAFAR 1436H (KHAMIS) - Bahagian Pengurusan Dakwah, JabatanAgama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan CERAMAH AQIDAH MUSLIMIN SIRI 8/2014 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana Kuala Lumpur.  

Program ini dihadiri lebih 100 orang peserta dari pelbagai agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan di Wilayah Persekutuan ini bertujuan:-

  • Memberi kesedaran kepada kakitangan awam tentang mustahaknya pengajian Akidah di dalam menangani permasalahan masyarakat sekitar Wilayah Persekutuan.
  • Memberi kefahaman kepada kakitangan awam  bahawa pengajian  adalah platform untuk percambahan fikiran  dan memantapkan akidah Islamiah.

Ceramah Siri ke-8/2014 ini melibatkan 2 slot ceramah iaitu ceramah slot pertama membincangkan tajuk Petunjuk Muhammad Menyinari Dunia yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Mustakim bin Mahmood @ Fauzi dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, manakala slot ke-2 membincangkan tentang Tazkiyah Al-Nafs di sampaikan oleh Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Semoga pengisian ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta khususnya dalam memantapkan aqidah kerana tanpa akar yang kuat nescaya tumbanglah pokoknya.

 

 

 

SKI 1812

 

 

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI


Cetak   Emel