05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BICARA EKSEKUTIF JAWI: MEMAHAMI ISU “NEGARA ISLAM IRAQ DAN SYRIA (ISIS)”

5IS

16 Disember 2014 I 23 Safar 1436H (Selasa) - Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Program Bicara Eksekutif Jawi: Memahami Isu “Negara Islam dan Syira (ISIS) di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Program ini telah dihadiri oleh kakitangan awam dari Kementerian dan NGO sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Program telah bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari yang telah dikendalikan oleh dua orang penceramah jemputan iaitu Y.Bhg Profesor Dato’ Paduka Mohamad Abu Bakar dari Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya dan Y.Bhg En Hamizan Bin Hashim, Ketua Penolong Setiausaha dari Bahagian Keselamatan Pelbagai Hala, Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra, Putrajaya. Program telah dihadiri seramai 200 orang peserta dari Kementerian dan NGO sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga kakitangan dari JAWI.

Antara objektif utama program adalah untuk memberi pemahaman mengenai isu negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). Selain menyedarkan bahaya yang boleh dihadapi sebagai implikasi daripada kejahilan terhadap (ISIS) serta menyokong usaha kerajaan menangani ISIS dan sebarang bentuk keganasan.

Secara keseluruhannya, peserta berpuas hati dan telah memberikan kerjasama yang baik dengan mengajukan beberapa soalan kepada pembentang. Semoga input daripada program ini berjaya memberi pencerahan berkenaan isu ISIS dengan jelas dan tepat.

6IS is2
IS1 7IS

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel