05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS LATIHAN TENAGA PENGAJAR KAEDAH ABAHATA AL-JABARI

1ab

10 & 11  Disember 2014 (Rabu & Khamis) Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI telah menganjurkan Kursus Latihan Tenaga Pengajar Kaedah Abahata Al-Jabari. Program yang dilaksanakan selama 2 hari ini bertempat di Wisma Research & Development (R&D), Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Program ini melibatkan lebih 30 kakitangan Bahagian Pengurusan Dakwah, Bahagian Pengurusan Kariah dan Bahagian Pelajaran JAWI. Antara objektif utama adalah untuk mendalami kaedah mudah untuk mengajar para mad’u membaca al-Qur’an dengan cepat dan betul. Ia juga bertujuan membantu masyarakat untuk mempelajari al-Qur’an secara komprehensif terutamanya di kalangan Saudara Baru yang kian meningkat jumlahnya dari masa ke masa.

Kursus ini dilaksanakan rentetan dari pertemuan di antara Pengarah, pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Ahli Lembaga Pengarah Institut Pengajian al-Quran yang telah berlangsung pada 23 Oktober 2014 bertempat di Dewan Syura, Tingkat 11 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pertemuan tersebut telah mendedahkan keberkesanan program pembelajaran al-Qur’an menggunakan kaedah ABAHATA yang dulunya dikenali sebagai al-Jabari.

Program dimulakan dengan penilaian pada setiap peserta. Peserta diminta memperdengarkan bacaan Al-Fatihah dan beberapa Surah Pilihan. Peserta juga ditanya tentang hokum-hukum Tajwid dan membuat ujian penilian bertulis dan latihan Kitabah (Khat/ Imlak). Seterusnya peserta telah diberi    pendedahan berikut sepanjang kursus berlangsung:-

  1. Pengenalan kepada kaedah Abahata Al-Jabari
  2. Program Baca-Tulis-Tajwid Kaedah Abaha Al-Jabari
  3. Kunci Abahata: Titian Ingatan
  4. Fasohah (Asas-asas Tajwid)
  5. Kitabah/Penulisan Imlak
  6. Pengurusan Rancangan Pengajaran & Pembelajaran (RPP)
  7. Praktikal Mengajar
  8. Ujian Penilaian secara individu
  9. Pengembangan dan Keusahawanan
  10. Set Nota & Buku Kaedah Abahata Al-Jabari

Masalah buta Al-Quran terutamanya di kalangan orang Islam dari pelbagai sasaran adalah isu yang tidak boleh dipandang ringan. Kewujudan pelbagai kaedah pembelajaran Al-Quran masa kini dilihat sebagai inisiatif yang amat positif. Justeru kaedah Abahata ini adalah usaha dakwah yang diharapkan dapat membantu menyelesaikan masalah di atas dengan menggunakan teknik dan pendekatan yang inovatif dan terbukti keberkesanannya.

 

ab6 2ab
4ab ab3

Disediakan Oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel