05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Pemantapan Pengurusan Sekolah Guru-Guru SRA JAWI

Guru 01

1 Disember 2014 (Isnin) – Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan Kursus Pemantapan Pengurusan Sekolahbagi guru-guru Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Kursus ini telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur selama dua hari sehingga 2 Disember 2014.

Seramai 55 orang guru SRA JAWI khususnya Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) telah menyertai kursus tersebut. Penceramah kursus adalah En. Hamizi Bin Osman dan En. Sauki Bin Razali dari Institut Aminuddin Baki (IAB).

Kursus Pemantapan Pengurusan Sekolah ini diadakan bertujuan memberi pendedahan bagi guru-guru pentadbir SRA JAWI dalam memantapkan pengurusan sekolah dan memastikan pengurusan sekolah yang dilaksanakan memenuhi keperluan sebenar SRA. Selain itu, ia bertujuan melahirkan kecekapan pentadbiran di peringkat SRA.

Diharapkan dengan penganjuran kursus ini, dapat menambah baik kualiti pengurusan dan pentadbiran di SRA JAWI.

Guru 02 Guru 03

Foto dan teks oleh:

Bahagian Pelajaran,

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan


Cetak   Emel