05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KEM MAHABBAH SAUDARA MUSLIM 2014-JAWI PUTRAJAYA


KEM MAHABBAH 06
 

13 – 14 DISEMBER 2014 (SABTU - AHAD) Kem Mahabbah Saudara Muslim 2014 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, JAWI Cawangan Putrajaya. Program ini dianjurkan oleh Unit Pengurusan Dakwah JAWI Cawangan Putrajaya dengan melibatkan seramai 20 orang peserta dari kalangan saudara muslim yang bekerja atau menetap di sekitar Putrajaya.

Objektif utama program ini ialah untuk meningkatkan jati diri peserta dalam menghadapi cabaran sebagai “ saudara Baru”. Disamping itu juga bagi meningkatkan penghayatan peseta terhadap ajaran Islam dan memupuk ukhuwwah Islamiah diantara peserta dengan urusetia yang terlibat.

Pengisian program adalah berdasarkan sesi ceramah pada hari pertama mengenai Iktibar Kehidupan, Penghayatan Ciptaan Yang Maha Kuasa dan Latihan Dalam Kumpulan. Manakala sesi ceramah pada hari kedua mengenai Asas Pemantapan Fardhu Ain 1 dan 2, selain pengisian tayangan video yang memberi begitu impak besar kepada para peserta dalam slot terakhir program. Pengendali sepanjang program ini diadakan iaitu  Penceramah dan Fasilitator jemputan , Us. Hj Mohd Chathazman bin Abdullah dan Us. Mohd Mazlinuri bin Mori dari Jabatan Agama Islam Johor dan Pejabat Agama Islam Daerah Tapah, Perak. Majlis Perasmian Penutupan dirasmikan oleh Ust. Rohaizan binti Ismail, Penolong Pengarah Unit Pengurusan Dakwah bagi mewakili Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWI Putrajaya.

 

KEM MAHABBAH 01 KEM MAHABBAH 02
KEM MAHABBAH 03 KEM MAHABBAH 04
 KEM MAHABBAH 05  KEM MAHABBAH 07

 
Disediakan Oleh:

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Cawangan Putrajaya.

 


Cetak   Emel