05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR PENGUKUHAN KELUARGA 2014 (ISTERI DISAYANGI, SUAMI DIKASIHI)-JAWI PUTRAJAYA


SEMINAR KELUARGA 03
 

13 NOVEMBER 2014 (KHAMIS) - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya telah mengadakan Seminar Pengukuhan Keluarga 2014 bertempat di Dewan Auditorium D8, Kompleks D, Putrajaya. Program bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang. Seramai 1100 orang peserta telah mengambil bahagian pada hari tersebut.

Program telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Putrajaya, Tuan Wan Jaapar Bin Wan Ahmad sebagai wakil kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya.

Program tersebut mengandungi dua slot, slot pertama sesi ceramah bertajuk ‘Abang Sayang, Adik Cinta’, yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Kazim bin Elias Al-Hafiz (Penceramah Bebas) manakala, slot kedua iaitu forum bertajuk ‘Suami Disayangi, Isteri Dikasihi’. Ahli panel terdiri daripada Ustaz Badlishah bin Alauddin (Jabatan Agama Islam Pahang) dan Ustazah Dr. Nik Salida Suhaila binti Nik Saleh (Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia) berserta Ustaz Nabil bin Ahmad (JAKIM) sebagai moderator forum.

Program berakhir dengan jayanya mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Semoga objektif program mencapai matlamat bagi memberi manfaat kepada peserta yang hadir. 


SEMINAR KELUARGA 01 SEMINAR KELUARGA 02
SEMINAR KELUARGA 06 SEMINAR KELUARGA 08
 SEMINAR KELUARGA 10  SEMINAR KELUARGA 11

 
Disediakan Oleh:

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Cawangan Putrajaya.

 


Cetak   Emel