05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

Program Peningkatan Kualiti Dan Profesionalisme Pegawai-Pegawai Masjid Di Wilayah Persekutuan

1intura1


 

6 hingga 9  Disember 2014 (Sabtu  hingga Selasa) Bahagian Pengurusan Kariah JAWI bersama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Utara (INTURA) telah menganjurkan Program Peningkatan Kualiti Dan Profesionalisme Pegawai-Pegawai Masjid Di Wilayah Persekutuan. Program yang dilaksanakan selama 4 hari 3 malam ini bertempat di Kampus INTAN Wilayah Utara (INTURA), Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

Program ini melibatkan pegawai-pegawai masjid terdiri dari Ketua Imam, Imam dan Bilal dari masjid-masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Antara objektif utama program ini bagi meningkatkan semangat kerja berpasukan antara peserta di samping menambahkan motivasi dan kesedaran peserta yang bukan sahaja penjawat awam tetapi juga merupakan barisan hadapan JAWI yang sentiasa berhubung terus dengan masyarakat.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti aktiviti di I-Lead Park melibatkan pelbagai halangan seperti Hole in One, Giant Finger, Tringle Commando, Wild Woozy dan Burma Bucket. Selain itu terdapat pelbagai lagi aktiviti dilaksanakan seperti Tali Berantai, Gua Tangan dan Mencari Jalan Pulang yang setiap satunya mempunyai falsafah dan pengajaran tersendiri. Para peserta juga di bawa ke Tasik Beris, Sik bagi aktiviti berakit yang bukan sahaja meningkatkan semangat kerja berpasukan tetapi juga mendekatkan peserta dengan alam sekitar.

Secara keseluruhannya, program ini menerima maklumbalas yang baik dari para peserta dan para peserta berharap agar program seumpama ini  diteruskan serta melibatkan keseluruhan pegawai-pegawai masjid di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan INTAN Wilayah Utara (INTURA) atas khidmat dan kerjasama yang diberikan.

1intura2 1intura3
1intura4 1intura5
1intura6
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

Cetak   Emel