05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

BENGKEL SOLAT BERSAMA OKU CACAT PENGLIHATAN 2014

SOK1 

29 November 2014 | 06 Safar 1436H (Sabtu) – Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah menganjurkan Bengkel Smart Solat Bersama OKU Cacat Pengllihatan bertempat di Dewan Surau Kompleks MAB, Brickfileds Kuala Lumpur. Program ini telah dihadiri oleh peserta OKU Cacat Penglihatan dari sekitar Wilayah Persekutuan seramai 70 orang.

Program yang bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir jam 5.00 petang telah dikendalikan oleh Ybhg. Us. Saripuddin bin Ramli manakala sesi LDK dikendalikan oleh fasililtator dari bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI. Fokus utama bengkel adalah kepada motivasi ibadah, kesempurnaan toharah dan kesempurnaan solat secara teori dan praktikal berdasarkan mazhab syafie. Peserta juga telah dinilai dan disemak bacaan-bacaan dalam solat dan tasmik bacaan Al-fatihah secara individu.

Antara objektif program adalah untuk memantapkan OKU dengan penguasaan ilmu fardu ain secara teori dan praktikal serta dapat melaksanakan ibadat-ibadat berdasarkan sunnah Rasulullah SAW dengan betul dan jelas disamping dapat melahirkan OKU yangn cintakan ilmu serta dapat menangkis fahaman-fahaman yang salah.

Majlis Perasmian telah dimulakan dengan bacaan doa oleh Us. Mohd Hashim bin Abdullah dan diikuti dengan ucapan aluan oleh YBhg. En. Faizal bin Che Yusoff YDP PERTIS. Majlis telah di sempurnakan dengan ucapan perasmian oleh Ybhg. Ust. Nor Dalilah bt Zakaria, Penolong Pengarah Kanan, Bahgaian Pengurusan Dakwah JAWI. Secara keseluruhannya, Peserta sangat berpuashati dapat mengikut program ini kerana dapat mempelajari teknik-teknik yang betul berkenaan dengan toharah dan solat secara teori dan praktikal serta segala persoalan yang berkaitan dengan ibadat dapat dirungkaikan. Semoga pengisian ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta dan terus diamalkan dalam kehidupan seharian serta dapat disebarkan kepada sahabat-sababat yang lain.

SOK2  SOK3 
 SOK4  SOK5
SOK6 SOK8

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel