05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kelas Pengajian Fardhu Ain OKU Cacat Pendengaran Siri 18/2014

 OK4

 

 

07 Disember 2014 | 14 Safar 1436h (Ahad)

 

Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) telah menganjurkan KELAS PENGAJIAN FARDHU AIN OKU CACAT PENDENGARAN SIRI 18/2014 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana Kuala Lumpur. 

 

Kelas Pengajian ini merupakan aktiviti khas yang diadakan khusus kepada OKU Cacat Pendengaran  untuk mendalami ilmu-ilmu fardhu ain.  Kelas ini diadakan pada minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan dan dihadiri 65 orang peserta.  Kelas pengajian pada minggu ini telah dikendalikan oleh USTAZ AZHAR BIN ISMAIL, Presiden Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA)yang bertajuk “MENJANA IMAN DISAAT AQIDAH DIUJI”.

 

Antara kupasan tajuk adalah menjelaskan tentang nikmat iman dan islam, sebagaimana firman Allah swt di dalam Surah Al-Maidah Ayat 3 bermaksud: “Padahal ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadanya nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam sebagai agama bagimu…” Tanggungjawab ini bukan mudah. Ia wajib dipikul bersama dengan cara yang positif. Janganlah bertangguh untuk bertindak kerana pesan Baginda saw, di dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Rahimahullah, daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Segeralah kamu mengerjakan amal-amal baik, sebelum muncul berbagai fitnah, seperti berjalan pada malam yang gelap, seorang lelaki beriman pada waktu pagi namun menjadi kafir pada waktu petang atau pada waktu petangnya dia beriman namun menjadi kafir pada waktu paginya, dia menjual agamanya dengan harta benda dunia.”

 

OK1  OK2 
 OK3  OK4

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel