05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

SEMINAR HIV DAN PERKAHWINAN

 HIV2

 

 

Cawangan Hadhari dan Kefahaman Islam, Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) telah mengadakan Seminar HIV dan Perkahwinan pada 23 November 2014 (Ahad) bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Program yang diadakan di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam ini dihadiri oleh 61 orang peserta daripada kalangan Komuniti Disayangi, aktivis masyarakat dan People Living with HIV (PLHIV).

 

Program ini memberi fokus berkenaan bagaimana seorang yang hidup dengan HIV (PLHIV) mampu mendirikan rumahtangga dengan mengetahui prosedur yang betul daripada kalangan pakar perubatan dan pegawai agama yang berkaitan. Ia juga memberi harapan kepada mereka untuk hidup seperti insan biasa dan menjadikan Islam sebagai asas kepada pembentukan keluarga dan cara hidup yang sihat.

 

Slot pertama yang dikendalikan oleh Us. Baharuddin b. Idris dari Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI telah memberi kefahaman kepada peserta berkenaan perkahwinan dalam Islam, yang mana peserta diberi penerangan berkaitan hukum-hukum perkahwinan, cerai dan rujuk mengikut syariat Islam.

 

Slot kedua pula, yang memberi pencerahan berkaitan prosedur perkahwinan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur termasuk bagi PLHIV telah disampaikan oleh Us. Mohd. Abdul Nasir b. Abdullah dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI.

 

Slot terakhir iaitu Forum HIV dan Perkahwinan telah dikendalikan oleh Saudara Nik Nasrullah dari Pertubuhan Amal Firdausi (PAFI) dengan tiga panel forum iaitu Dr. Nurul Aida bt. Salleh dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Us. Saiful Hafiz Vijia b. Abdullah dari Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Us. Baharuddin b. Idris dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

 

Dalam forum berkenaan, peserta didedahkan mengenai kaedah perubatan bagi PLHIV bagi menjaga maslahah mereka, pasangan dan anak-anak yang bakal dilahirkan. Selain itu, mereka dinasihatkan agar berbincang bersama keluarga dan mendapat kesepakatan bersama agar rumahtangga yang dibina mendapat redha Allah SWT. Baitulmal MAIWP juga mengalu-alukan golongan Komuniti Disayangi ini untuk tampil memohon bantuan yang disediakan dan mengikis stigma masyarakat terhadap Baitulmal MAIWP.

 

            Rata-rata peserta yang hadir berpuas hati dengan penerangan dan perkongsian yang diberikan dan mula merasakan Islam merupakan agama yang mudah dan mengiktiraf setiap hambaNya yang berbuat kebaikan.

 

HIV1  HIV2 
 HIV3  HIV4

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel