05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kontigen Wilayah Persekutuan Naib Johan Keseluruhan Ihtifal KAFA Kebangsaan 2014

 

1

Kontinjen Wilayah Persekutuan Naib Johan Keseluruhan  Ihtifal KAFA Kebangsaan 2014

Baru-baru ini  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)  telah menganjurkan Majlis Ihtifal KAFA peringkat kebangsaan  dengan Kerjasama Jabatan agama Islam Negeri Pahang (JAIP) yang diadakan pada 14 November hingga 17 November bertempat di Bukit Gambang City Resort.  Majlis ini telah  dirasmikan oleh Ketua Pengarah JAKIM bagi mewakili YBHG. Mejar Jeneral Jamir Khir bin Hj.Baharom  Menteri  di Jabatan Perdana Menteri .

Sebanyak 14 buah negeri telah menyertai pertandingan ini. Kontingen Wilayah Persekutuan  diketuai oleh  Pn. Nor Asiah binti Harun beserta 40 ahli kontingen yang terdiri daripada pegawai, peserta , guru pengiring dan urusetia.  Acara yang disertai ialah Nasyid Lelaki, Nasyid Perempuan ,Tilawah Lelaki & Perempuan, Syarahan Lelaki & Perempuan,  Kesenian Khat dan Tulisan JAWI.  Keputusan dalam pertandingan, Wilayah Persekutuan merangkul 2 johan dan 1 tempat ketiga. Wakil peserta Wilayah Persekutuan  yang telah berjaya  menjadi Johan dalam acara Tilawah al Quran lelaki ialah Muhammad Hadif Bin Fajuri dan Johan  bagi acara Tulisan Jawi (Perempuan) pula diwakili oleh  Anis Nur Huda Binti Zainurrahmana serta tempat ketiga bagi  Kesenian Khat diwakili oleh Luqmanul Hakim Bin Ahmad Shakamil. Secara keseluruhannya ihtifal ini memberi peluang  murid-murid KAFA menunjukkan bakat mereka.

   
 

Berita dan gambar,

Bahagian Pelajaran,

JAWI

 

Cetak   Emel