05:43
Imsak
05:53
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Asas Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (Pdp) Guru-Guru Baharu Kafa Jawi Bil. 1/2014

 

Kursus Asas Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (Pdp)

Guru-Guru Baharu Kafa Jawi Bil. 1/2014

22hb-25hb September 2014( Isnin-Khamis) -  JAWI telah menerima perlantikan seramai 44 orang guru-guru Kelas Fardhu Ain dan al-Quran (KAFA) baharu bagi memperkasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di Sekolah Rendah Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.  Sebagai pendedahan awal,  mereka yang baru dilantik telah diberi Kursus Asas Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (PDP) bertempat di Pusat Latihan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Bagan Lalang, Sepang, Selangor.

Objektif program ialah untuk memberi pendedahan kepada guru-guru baharu KAFA ini mengenai asas kemahiran pedagogi atau ilmu kemahiran mengajar. Ianya juga bertujuan untuk memudahkan guru-guru membuat persediaan sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kemahiran mengajar dan mengendalikan kelas dengan lebih berkesan dalam kalangan guru-guru KAFA baharu.

Amat diharapkan melalui kursus yang telah dilaksanakan ini, dapat meningkatkan lagi kualiti pendidikan agama di Wilayah Persekutuan. 

   
 

Berita dan gambar,

Bahagian Pelajaran,

JAWI

 

Cetak   Emel