05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Pameran Sempena Hari Integriti Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam.

 

 Pameran PPSPPA 2
Kuala Lumpur, 24 November 2014-  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah dijemput oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) untuk bersama-sama menjayakan Pelancaran Hari Integriti PPSPPA bagi Tahun 2014 bertempat di Dewan Pusat Komuniti DBKL, Bukit Damansara.

Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi ini telah dihadiri oleh lebih kurang 1000 orang pegawai dan kakitangan daripada beberapa jabatan serta agensi di Wilayah Persekutuan. YBhg. Tuan Haji Ir Sanusi Bin Awi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal) telah menyampaikan amanat sekaligus merasmikan Pelancaran Hari Integriti Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) Tahun 2014. Majlis turut diisi dengan lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam diikuti dengan Lagu Perbadanan dan Lagu Negaraku.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuka booth pameran pencegahan maksiat daripada Bahagian Penguatkuasaan dan mengedarkan risalah-risalah berkaitan kepada semua pegawai dan kakitangan serta pengunjung yang hadir. Booth pameran ini juga turut menerima kunjungan oleh YBhg. Tuan Haji Ir Sanusi Bin Awi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal).
Pameran PPSPPA   Pameran PPSPPA 3
 Pameran PPSPPA 4  Pameran PPSPPA 5
 

Disediakan oleh:

Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)


Cetak   Emel