05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) DAN KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA) JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 2014M/1436H

 khatam quran perdana 4

 

KUALA LUMPUR, 20 NOVEMBER 2014 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya menghimpunkan seramai 3,000 murid Sekolah Rendah Agama (SRA) & Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Majlis Khatam Al-Quran Perdana JAWI 2014, bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, pagi ini.

Majlis Khatam Al-Quran Perdana yang mula diadakan sejak tahun 2008 itu memberi peluang kepada murid SRA dan KAFA menunjukkan kebolehan mereka memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran kepada ibu bapa, guru, rakan dan masyarakat umum.

Selain itu, ia juga turut membuktikan keberkesanan dan kejayaan perlaksanaan kurikulum Tilawah Al-Quran di SRA dan KAFA di samping memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid SRA dan KAFA yang telah berjaya khatam Al-Quran di peringkat rendah.

Terdahulu, majlis berkenaan dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). 

 
khatam quran perdana  khatam quran perdana 2 
 khatam quran perdana 7  khatam quran perdana 6
 khatam quran perdana 5  khatam quran perdana 3

 

Disediakan oleh:

 

Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

 

Cetak   Emel