05:45
Imsak
05:55
Subuh
13:14
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

OKU Cacat Pendengaran Ikuti Pengajian Fardhu 'Ain Siri 17

OP3.png

16 November 2014 | 22 Muharram 1436h (Ahad)

Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (PRISMA) telah menganjurkan KELAS PENGAJIAN FARDHU AIN OKU CACAT PENDENGARAN SIRI 17/2014 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana Kuala Lumpur. 

Kelas Pengajian ini merupakan aktiviti khas yang diadakan khusus kepada OKU Cacat Pendengaran  untuk mendalami ilmu-ilmu fardhu ain.  Kelas ini diadakan pada minggu ke-2 dan ke-4 setiap bulan dan dihadiri 80 orang peserta setiap siri.  Kelas pengajian pada minggu ini telah dikendalikan oleh USTAZ ZULKIFLI BIN JUSOH, dari Masjid Al-Qurtubiyang bertajuk “TAFSIR SURAT AL-QIYAMAH, TAUHID RUBUBIYYAH DAN TAUHID ULUHIYYAH”.

Antara tajuk kupasan adalah tafsir ayat 1-3 dari surah Al-Qiyamah dan definisi tauhid rububiyyah serta tauhid uluhiyyah, yang menceritakan tentang ke-Esaan Allah dan tiada sesuatu menyamai Allah dari segi Rububiyyah. Antaranya: Susunan alam yang mengkagumkan, indah dan tersusun rapi adalah bukti Allah Maha Pencipta. Jika alam boleh berkata-kata, dia akan menyatakan bahawa dirinya makhluk ciptaan Allah. Orang yang berakal waras akan berkata bahawa alam ini dijadikan oleh satu Zat Yang Maha Berkuasa, iaitu Allah. Tidak ada orang yang berakal waras akan menyatakan bahawa sesuatu itu boleh berlaku dengan sendiri.  Begitulah hebatnya Ilmu Allah. Pandanglah saja kepada kejadian manusia dan fikirkanlah betapa rapi dan seni ciptaan-Nya. Terdapat seribu satu macam ciptaan Allah yang memiliki sifat yang berbeza-beza antara satu sama lain. Semuanya menunjukkan bahawa Allah adalah Rabb yang Maha Bijaksana .

OP1 OP2
OP4 OP5

Foto dan teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel