05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Sambutan Ma’al Hijrah Bersama OKU Cacat Penglihatan Bagi Tahun 1436H / 2014M

     

OMH5

 

15 NOVEMBER 2014 | 21 MUHARRAM 1436H (SABTU) - Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persatuan Orang-Orang Buta Islam Malaysia (PERTIS) telah menganjurkan MAJLIS SAMBUTAN MA’AL HIJRAH BERSAMA ORANG KURANG UPAYA (OKU) CACAT PENGLIHATAN BAGI TAHUN 1436H / 2014M bertempat di Dewan Utama Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Jalan Tebing Off Jalan Tun Sambathan 4, Brickfields Kuala Lumpur. 

 

Majlis ini telah dihadiri 150 orang peserta dari Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) bertujuan:

 

  1. Menerapkan penghayatan nilai-nilai Islam kedalam diri masyarakat OKU.
  2. Membentuk individu Muslim OKU Penglihatan yang berakhlak tinggi, mapan jati diri serta bertaqwa.
  3. Mencetuskan OKU Penglihatan yang berdaya saing tinggi dan turut menyumbang kea rah pembangunan Negara dalam segenap aspek kehidupan.

 

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Us. Ahmad Qusyairi bin Mat Zizi, diikuti dengan bacaan deklamasi sajak oleh Pn. Norsaliza binti Jusoh, bertajuk: “Ma’al Hijrah” seterusnya diteruskan dengan ceramah bertajuk “Sambutan Ma’al Hijrah, Satu Penghayatan atau Rutin Tahunan Yang Wajib Disambut” yang telah disampaikan oleh Us. Amiril bin Md. Banin, Imam Muda Musim Pertama.  Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan oleh YBrs. En. Zamzuri bin Ghani, Timbalan Yang DiPertua Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) dan kemuncaknya diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Ustazah Rozilawati binti Omar bagi mewakili Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI). .  

 

Semoga pengisian ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta dan terus diamalkan dalam kehidupan seharian.

OMH1 OMH2
OMH4 OMH5

Foto dan teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI


Cetak   Emel