05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Sambil Belajar Saudara Muslim

SB4

 

 

04 November 2014 (Selasa) – Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI telah menganjurkan Program Kembara Ilmu Saudara Muslim Tahun 2014. Program ini berbentuk lawatan sambil belajar ke beberapa kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di sekitar Sekinchan dan Sabak Bernam, Selangor. Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada para pelajar dan mubaligh Kelas Pengajian Saudara Muslim serta beberapa orang pegawai dan kakitangan JAWI telah menyertai program tersebut.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan dan perangsang kepada peserta untuk menceburkan diri bidang keusahawanan serta membina jalinan ukhuwah yang erat dan bersatu atas nama Islam di kalangan Saudara Muslim.

Para peserta telah bertolak dari perkarangan Masjid Negara pada jam 8.00 pagi dan tiba di Sekinchan sekitar jam 10.00 pagi dengan disambut oleh Tuan Haji Subani Bin Haji Marzuki yang merupakan salah seorang pengusaha homestay di Sg. Besar. Beliau juga bertindak selaku pengiring program Kembara Ilmu pada kali ini.

Antara tempat-tempat yang dilawati sepanjang program tersebut adalah :-

 

-       Kilang pembuatan kuih tradisional MASRI

 

-       Kilang padi PLS Marketing (M) Sdn. Bhd.

 

-    Kilang Nata De CoCo Nandong Global Food Indutries

 

-          Kilang minyak kelapa dara MOH Food Industries

 

-          Kilang Pau Mus (Mustika)

Para peserta telah di bawa ke Homestay Ayer Manis untuk jamuan makan tengahari dan meneruskan aktiviti lawatan sebelum berakhir sekitar jam 5.30 petang dan tiba di Kuala Lumpur pada jam 9.00 malam.

Secara keseluruhannya, lawatan ini telah berjaya memberikan pertambahan ilmu kepada para peserta di samping memperolehi banyak pengalaman baru. Peserta mengharapkan agar program seperti ini dapat dilakukan dengan lebih kerap lagi di masa hadapan.

 

SB1 SB2
SB3 SB5
SB5 SB6

Foto dan Teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel