05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Sambutan Maal Hijrah 1436H Peringkat Wilayah Persekutuan Anjuran JAWI

maal hijrah 1436H 173

8 November 2014 (Sabtu) – Sempena menyambut kehadiran tahun baru Islam Awal Muharam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)  telah mengadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436H Peringkat Wilayah Persekutuan, bertempat di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, di sini, pagi tadi.

Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi itu turut menghimpunkan lebih 1,500 peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta, wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pelajar institut pengajian tinggi awam serta swasta.

Sambutan kali ini yang bertemakan "Perpaduan Nadi Transformasi Negara" bertujuan memperingati peristiwa dan kesan hijrah Rasulallah S.A.W terhadap umat Islam di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.

Terdahulu, majlis tersebut dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Hadir sama ialah YBhg. Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Kemuncak sambutan ini ialah penyampaian hadiah kepada penerima Anugerah Khas Maal Hijrah 1436H Peringkat Wilayah Persekutuan. Penerima anugerah menerima wang tunai sebanyak RM15,000 serta hadiah iringan berupa plak penghargaan serta sijil penghargaan.

Penerima Anugerah Khas telah dianugerahkan kepada YBhg. To’ Puan Wan Asiah Binti Ahmad dilahirkan pada 22 April 1938 di negeri Terengganu Darul Iman.Berkat usaha serta kesungguhan beliau dalam membangunkan sebuah hospital Islam akhirnya membuahkan hasil apabila Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) berjaya ditubuhkan pada tahun 1986.

Beliau merupakan pengasas kepada penubuhan Pusat Perlindungan Wanita Islam MAIWP Dar Assaadah seterusnya pernah dilantik sebagai Pengerusi pusat perlindungan tersebut.Beliau turut mengasaskan Persatuan Kebajikan Anak-anak Yatim Wilayah Persekutuan. Amanah menjadi prinsip dalam melaksanakan tanggungjawab yang apatah lagi apabila dilantik menjadi Ahli Majlis Agama Islam WilayahPersekutuan (MAIWP) hampir tiga puluh (30) tahun semenjak tahun 1995 sehingga kini.

Cetusan idea dan tenaga beliau amat diperlukan apabila turut dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah bagi Lembaga Tabung Haji dalam mengurus memperkasakan sistem pengurusan pentadbirannya sehingga muncul sebagai yang terbaik di dunia. Atas sumbangan serta jasa beliau dalam membangunkan ummah dan meningkatkan kebajikan masyarakat, YBhg. To’ Puan Wan Asiah telah dipilih sebagai penerima Tokoh Ma’al Hijrah Tahun 1436/2014 Peringkat Wilayah Persekutuan.

Majlis tahun ini juga menampilkan kelainan dengan persembahan istimewa bertemakan "Motivasi Muzikal" oleh artis popular Mu'adz Dzulkefly. Selain dendangan empat buah lagu, penonton juga dihidangkan dengan slot motivasi oleh Mejar (B) Mohammad Kayum B A.Badaruddin yang bertemakan Hijrah, Syukur dan Itqan. Majlis turut diserikan dengan persembahan Deklamasi Puisi oleh  Sasterawan Negara, Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah (Kemala). Para penonton turut bersemangat menyanyikan lagu tema "Maal Hijrah" di akhir program berlangsung. 

Diharapkan majlis ini bukan sekadar acara rutin tahunan untuk disambut, namun hikmah yang tersirat dalam peristiwa hijrah mampu diterjemahkan dalam kehidupan harian lalu berupaya membentuk perpaduan dan mentransformasikan masyarakat dan negara yang lebih mapan.

maal hijrah 1436H 120 maal hijrah 1436H 072
maal hijrah 1436H 146 maal hijrah 1436H 168
maal hijrah 1436H 262 maal hijrah 1436H 270
maal hijrah 1436H 280 maal hijrah 1436H 275

 

Foto oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria

Teks oleh:

Unit Perhubungan Awam Dan Penerbitan/ Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel