05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:30
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Lawatan Ziarah Ilmu Dari Pelajar Serta Pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia Ke JAWI

lawatan dari UKM 047

6 November 2014 (Khamis)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menerima satu Kunjungan Lawatan Ziarah Ilmu Dari Pelajar Serta Pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia bertempat di Dewan Syura Perdana, Kompleks Pusat Islam.

Seramai 45 pelajar di bawah subjek PPPG2163 Fiqh Munakahat turut serta sepanjang lawatan ini yang diketuai oleh Ustazah Che Maryam Binti Ahmad, Pensyarah Pengiring Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam UKM, Bangi.

Objektif utama lawatan ini adalah untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan tentang hal-hal perkahwinan seperti mengetahui perkembangan terkini mengenai pentadbiran perkahwinan cerai dan rujuk dengan lebih lanjut. Di samping itu, ianya bertujuan untuk menjalinkan hubungan  antara kedua-dua belah pihak dan secara tidak langsung dapat mengenali jabatan dari segi fungsi dan peranannya.

Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada Encik Mohd Kassim Bin Maarof, Penolong Pegawai Penerangan, Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan selaku mewakili Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan seterusnya ucapan balas dari pihak ahli kunjungan. Majlis diakhiri dengan sesi soal jawab dan penyampaian cenderahati.

Turut serta, Ustaz Muhamad Hapizi Bin Sulaiman (Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK), Cawangan Nikah, Cerai dan Rujuk), Ustazah Anisah Binti Musa (Penolong Pengarah Kanan, BPPK, Cawangan Pentadbiran dan Kewangan) dan Ustazah Ariffi Idawati Binti Zainudin (Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan, Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan).

lawatan dari UKM 004 lawatan dari UKM 007
lawatan dari UKM 008 lawatan dari UKM 024
lawatan dari UKM 025 lawatan dari UKM 028

 

Foto dan teks oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria


Cetak   Emel