05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Program Karnival Khadijah Zon 2 Sempena Awal Muharram 1436H

Khadijah 03

1 November 2014 (Sabtu) – Pusat Zon 2 Bahagian Pengurusan Kariah telah mengadakan Program Karnival Khadijah sempena Awal Muharram 1436H bertempat di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati. Program karnival dua hari yang berakhir pada 2 November 2014 ini berlangsung bertemakan ‘Seindah Wajah, Secantik Peribadi’ telah dirasmikan oleh YBhg. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tuan Haji Paimuzi Bin Yahya.

Karnival ini berobjektif mendidik masyarakat mendekati masjid di samping menghayati semangat hijrah turut diisi dengan berkonsepkan multi program yang melibatkan kanak-kanak iaitu antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan azan. Manakala Bicara Dhuha mengisi slot rohani  menampilkan selebriti TV9 Ustaz Syed Norhisham Bin Tuan Padang. Pertandingan untuk Wanita seperti Memasak dan Gubahan Sejadah mengisi slot petang selain penampilan Iwan Syahman mengisi slot Hiburan Islami sebelah malamnya.

Di samping itu juga, Karnival Khadijah juga turut diisi dengan pameran oleh Pusat Pungutan Zakat, Baitulmal MAIWP, PUSRAWI, Bomba, dan PEMADAM daerah Wangsa Maju. Beberapa gerai jualan juga turut diadakan bagi mendekatkan anak kariah dengan masjid. Rata-rata anak kariah yang ditemui amat gembira dengan program ini dan berharap ianya akan diteruskan pada masa-masa yang akan datang.

Khadijah 01 Khadijah 02
Khadijah 04 Khadijah 03
Khadijah 05 Khadijah 06
Khadijah 07 Khadijah 08

Foto dan Teks oleh:

Pusat Zon 2


Cetak   Emel