05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Wacana Halal 2014

Wacana DSC00334

30 Oktober 2014 (Khamis) – Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Wacana Halal 2014 bertempat di Dewan Syarahan, Masjid Negara, Jalan Perdana Kuala Lumpur.

Program ini dihadiri 200 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan badan berkanun di Wilayah Persekutuan. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat, khasnya umat Islam di Wilayah Persekutuan tentang kepentingan makanan halal dalam membentuk sahsiah seorang muslim serta melahirkan pekerja yang mempunyai hati yang patuh dan tunduk kepada perintah Allah SWT hasil daripada pengambilan makanan dan ubat-ubatan yang halal dan baik.

Program dimulakan dengan ucapan aluan daripada Puan Siti Fauziah Binti Bachok, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penyelidikan. Sesi ceramah disampaikan oleh dua orang penceramah daripada Bahagian Hab Halal, JAKIM iaitu En. Mohd Amri Bin Abdullah dengan tajuk ‘Logo Halal, Yang Mana lagi Halal’. Manakala sesi ceramah seterusnya disampaikan Puan Nor Aniqah Binti Mohamad Amin dengan tajuk ‘Ramuan Kritikal Dalam Makanan’.

Semoga wacana ini dapat memberi ilmu yang bermanfaat kepada semua peserta yang hadir.

Wacana 20141030 084951 Wacana 20141030 112619
Wacana 20141030 121222 Wacana DSC 0153
Wacana IMG 2942 Wacana DSC00334

 

Foto dan teks oleh:

Bahagian Penyelidikan,

JAWI, Kuala Lumpur


Cetak   Emel