05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 1436H/2014M

HijLabu IMG 0356

25 Oktober 2014 (Sabtu)Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat WP Labuan telah mengadakan Majlis Sambutan Maal Hijrah 1436H bertempat di Auditorium Labuan International School, Kampung Tanjung Aru WP Labuan dengan bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’. Seramai 1000 orang penduduk sekitar WP Labuan telah menghadiri majlis tersebut.

Ceramah Maal Hijrah banyak memberikan inspirasi kepada tetamu yang menghadiri majlis berkenaan yang telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Harryanto Rizal Rokman yang diundang khas sebagai penceramah sambutan Maal Hijrah tahun ini.

Seorang Tokoh dipilih untuk dinobatkan sebagai tokoh Maal Hijrah 1436H/2014M Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Haji Tuah Bin Abdul Hamid.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Rozman Bin Dato’ Hj. Isli, Ahli Parlimen Labuan merangkap pengerusi Perbadanan Labuan, turut hadir pada majlis berkenaan ialah YB. Senator Datuk Haji Yunus Bin Haji Kurus, Ahli Dewan Negara, YBhg. Dato’ Mohd Nadzri Bin Osman, Pengerusi Perbadanan Labuan dan Tuan Haji Sabarudin Bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan.

HijLabu IMG 0109 HijLabu IMG 0240
HijLabu IMG 0318 HijLabu IMG 0115

 

Foto dan teks oleh:

JAWI, Cawangan Labuan


Cetak   Emel