05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Kursus Asas Penceramah Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam Versi 3

Kundasang01

13 Oktober 2014 (Isnin) – Cawangan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan dengan kerjasama Unit MBKPI, Bahagian KSK, JAKIM  telah mengadakan Kursus Asas Penceramah Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam Versi 3. Kursus selama 4 hari 3 malam ini di anjurkan secara kerjasama di Pusat Latihan Islam Kundasang (PLIK).

Seramai 23 orang peserta yang semuanya terdiri daripada 15 warga JAWI Labuan dan 8 orang warga JAHEIN Sabah telah hadir. Bagi para peserta yang telah mendapat tauliah penceramah MBKPI ini bakal menjadi penceramah di kursus pra perkahwinan anjuran pihak JAWI Labuan dan JAHEIN Sabah selain layak di kursus pra perkahwinan anjuran JAIN dan pihak swasta.

Bagi memastikan supaya pelaksanaannya Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) menepati objektif yang telah ditetapkan Cawangan Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI Labuan dan Bahagian Komuniti Sosial Dan Keluarga (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mewajibkan kepada penceramah untuk mengikuti kursus penceramah Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) supaya pelaksanaannya nanti menepati objektif pelaksanaan Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI).

Kursus yang bermula 13 Oktober 2014 dan berakhir pada 16 Oktober 2014 telah dirasmikan penutupannya oleh YBhg. Tuan Hj. Sabarudin Bin Hasan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, JAWI Cawangan Labuan yang mewakili Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan iaitu YBhg. Tuan Hj. Paimuzi Bin Yahaya. Turut hadir, dalam majlis penutupan tersebut ialah Penolong Pengarah Bahagian KSK Ustazah Nurul Hafizah Binti Mohd Mohktar mewakili Pengarah Bahagian Komuniti Sosial dan Keluarga JAKIM.

Antara objektif perlaksanaan kursus ini adalah memberi penjelasan kepada semua bakal penceramah mengenai versi terkini Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPI) di samping meningkatkan tahap kemahiran penceramah dengan keupayaan sebagai penceramah terlatih.

Selain itu, kursus ini turut memantapkan kursus pra perkahwinan secara terarah dan teratur melalui penceramah yang berkualiti dan berwibawa serta memberi pengetahuan mengenai perancangan pengurusan rumahtangga yang di tuntut oleh Islam untuk memperoleh kesejahteraan dan rahmat dari Allah s.w.t.

Sehubungan itu, dapat menyampaikan penilaian masyarakat dan peserta kursus terhadap mutu penyampaian penceramah malah boleh memberi pendedahan kepada para penceramah berkaitan aspek yang perlu ditekankan di dalam penyampaian tajuk-tajuk tertentu.

Setinggi tinggi tahniah kepada semua peserta. Semoga dapat memberi sumbangan ilmu dan curahan pengalaman yang pastinya berguna bagi para peserta kursus pra perkahwinan nanti.

Kundasang02 Kundasang03 
Kundasang04 Kundasang05

 

Foto dan teks oleh:

Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga,

JAWI, Cawangan Labuan


Cetak   Emel