05:42
Imsak
05:52
Subuh
13:13
Zohor
16:32
Asar
19:20
Maghrib
20:32
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

Wacana Islamofobia ‘Mencari Musuh: Peradaban Islam, Barat Dan Politik Antarabangsa’

Musuh IMG 0130

30 September 2014 (Selasa) – Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan Kursus Kefahaman Islamofobia bertemakan ‘Mencari Musuh: Peradaban Islam, Barat Dan Politik Antarabangsa’ bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan. Program ini dianjurkan bersama Masjid Wilayah Persekutuan, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dan Kolej Islam Antarabangsa (IIC). Ia mendapat sambutan hangat kira-kira 400 orang yang terdiri daripada agensi Kerajaan, badan berkanun, badan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

Tujuan program diwacanakan ialah untuk memahami kemerbahayaan Islamofobia melalui isu mencari musuh dalam konteks peradaban Islam, Barat dan Politik Antarabangsa. Di samping itu, adalah penting untuk menyokong usaha Kerajaan menangani fobia terhadap Islam dan agama lain dalam membina hubungan dalam ‘masyarakat yang berpecah’ hari ini.

Majlis perasmian dimulakan dengan tayangan video yang memaparkan situasi Gaza dalam politik global. Seterusnya, ucapan aluan disampaikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM), YBhg. Dato’ Sheikh Abdul Halim Bin Abdul Kadir. Program dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Yusof Bin Mamat, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Dakwah yang mewakili YBhg. Tuan Haji Che Husain Bin Isa, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Turut memeriahkan majlis ialah YBhg. Ustaz Mohammad Ahsraf Bin Ibrahim, Imam Masjid Wilayah Persekutuan dan YBhg. En. Mohamad Faizal Bin Rohizat, Pengarah Bahagian Korporat Pemasaran dan Komunikasi, Kolej Islam Antarabangsa serta YBhg. Saudara Khairol Najib Bin Hashim, Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.

Program ini menampilkan YBhg. Saudara Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Felo di Putra School dan Felo Penyelidik di HAKIM bagi membentangkan tajuk ‘Cabaran Peradaban Barat: Masa Lalu Dan Masa Kini’. Kemuncaknya ialah pembentangan bertajuk ‘Mencari Musuh: Peradaban Islam dan Politik Antarabangsa’ oleh YBhg. Prof Dato Mohamad Abu Bakar daripada Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Fakulti Seni dan Sains Sosial, Universiti Malaya dan Penyandang Kerusi Tun Abdul Razak di Universiti Ohio, Amerika Syarikat 2005-2007. Pembentangan bersahaja tetapi serius daripada kedua-dua pembentang amat menarik minat peserta sehingga hampir dua puluh soalan diterima dan sesi soal jawab terpaksa ditutup kerana masa yang dibenarkan telah tamat.

Musuh IMG 0001 Musuh IMG 0020
Musuh IMG 0040 Musuh IMG 0037
Musuh IMG 0086 Musuh IMG 0119
Musuh IMG 0088 Musuh IMG 0135

 

Foto oleh:

Mohamad Hafiz Bin Haji Zakaria

Teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah


Cetak   Emel