05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

103 Hadiri Ceramah Aqidah Muslimin Siri 6/2014

 

aq3 

30 OKTOBER 2014 | 06 MUHARRAM 1435H (KHAMIS) - Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan CERAMAH AQIDAH MUSLIMIN SIRI 6/2014 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana Kuala Lumpur.  

Program ini dihadiri 103 orang peserta dari pelbagai agensi Kerajaan dan Badan Berkanun ini bertujuan:

  • Memberi kesedaran kepada kakitangan awam tentang mustahaknya pengajian Akidah di dalam menangani permasalahan masyarakat sekitar Wilayah Persekutuan.
  • Memberi kefahaman kepada kakitangan awam  bahawa pengajian  adalah platform untuk percambahan fikiran  dan memantapkan akidah Islamiah.

Ceramah Siri ke-6/2014 ini membincangkan berkaitan dengan Aqidah Muslimin Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kuliah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Mustakim bin Mahmood @ Fauzi dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Semoga pengisian ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh para peserta khususnya dalam memantapkan aqidah kerana tanpa akar yang kuat nescaya tumbanglah pokok. 

aq1  aq2 


Foto dan Teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI


Cetak   Emel