05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

KURSUS KEFAHAMAN ISLAM SIRI 3/2014

 

SKI1

27 & 28 OKTOBER 2014 | 03&04 MUHARRAM 1435H (ISNIN&SELASA) -

Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah menganjurkan KURSUS KEFAHAMAN ISLAM SIRI 3/2014 bertempat di Dewan Hadhari, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana Kuala Lumpur. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Che Husain bin Isa, Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Program ini dihadiri 120 orang peserta dari pelbagai agensi Kerajaan dan Badan Berkanun ini bertujuan:

  1. Memberi pendedahan kepada penjawat awam mengenai tiga (3) aspek penting agama iaitu akidah, syariah dan akhlak.
  2. Membentuk intelek dan keperibadian yang tinggi di kalangan penjawat awam dalam usaha membentuk keluarga, masyarakat dan Negara yang cemerlang.
  3. Memberi panduan kepada penjawat awam dalam menyelesaikan permasalahan sosial yang timbul kesan daripada kurangnya pengetahuan agama.

Hari pertama 27 Oktober 2014, Slot 1: dimulakan dengan tajuk “Persijilan Halal Malaysia’ diikuti Slot 2: “Isu-Isu Halal di Malaysia”.  Kedua-duanya disampaikan oleh Ustaz Zukrillah bin Ismail dari Bahagian Hab Halal, JAKIM. Slot ketiga disebelah petang bertajuk “Tazkiah An-Nafs” telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli dari Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI.  Manakala pada hari kedua, 28 Oktober 2014, slot 1: “Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah” telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Mustakim bin Mahmood dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.  Slot 5 “Islamofobiakah Kita?” telah disampaikan oleh Ustaz Baharuddin bin Idris dari Bahagian Pengurusan Dakwah, JAWI manakala Slot 6: “Muhibbah antara Kaum” disampaikan oleh Ustaz Wan Jaapar bin Wan Ahmad dari JAWI Cawangan Putrajaya.

Semoga ilmu yang telah dicurahkan oleh para penceramah pilihan dapat memberi kefahaman mengenai Islam dengan lebih jelas dan dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam kehidupan seharian.

 

SKI3   SKI4
 SKI5  SKI6
 SKI7

 SKI8


Foto dan Teks oleh:

Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI

 

 

 


Cetak   Emel