05:44
Imsak
05:54
Subuh
13:13
Zohor
16:31
Asar
19:20
Maghrib
20:31
Isyak

agensi 1 agensi 1 agensi 1 agensi 1

Saiz Teks A- A A+
A A A
 | 

Arkib Berita

 

Kursus Perbandingan Agama (Friendly Comparative Religion) Guru Takmir dan Pegawai Masjid Wilayah Persekutuan Siri 2 

lanjut0001

 

28 – 29 Oktober 2014 (Selasa – Rabu) – Bahagian Pengurusan Kariah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Kursus Perbandingan Agama (Friendly Comparative Religion) Guru Takmir dan Pegawai Masjid Wilayah Persekutuan Siri 2 bertempat di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

 

Peserta kursus terdiri daripada 100 orang guru takmir dan pegawai masjid. Kursus ini merupakan sambungan daripada Siri 1. Di dalam kursus ini, pengisian lebih menjurus kepada bagaimana cara-cara untuk menjawab hujah daripada agama Kristian, ideologi Kristian dan pendekatan untuk menyampaikan Islam kepada golongan non-Muslim. Ceramah disampaikan oleh YBhg. Encik Shah Kirit Bin Kakulal Govindji, seorang tokoh yang pakar dalam bidang perbandingan agama. 

 

Kursus Perbandingan Agama (Friendly Comparative Religion) Guru Takmir Dan Pegawai Masjid Wilayah Persekutuan Siri 3 pula akan diadakan pada 12 dan 13 November 2014 di Masjid Usamah Bin Zaid.

alt alt
alt alt
   
 
Disediakan Oleh:
Bahagian Pengurusan Kariah,
JAWI, Kuala Lumpur

 


Cetak   Emel